KUALA LUMPUR – Persatuan Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan (PGKPK) mendakwa seramai tiga guru dipecat kerana membantah pelaksanaan sistem Pentaksiran berasaskan Sekolah (PBS) baru-baru ini.
Presidennya, Normala Sudirman mendakwa, guru terbabit ialah Rashid Abdullah dari Kedah, Omar Bakar dari Perak dan Mokhtar Razak Badri dari Johor.
“Mereka telah dipecat tanpa prosedur yang sewajarnya oleh Kementerian Pendidikan.
“Seramai tiga orang guru ditukar tempat mengajar termasuk Mohd. Nor Izzat Mohd. Johari dan dua guru dari sekolah sama,” dakwanya melalui satu kenyataan hari ini.
Normala mendakwa, seorang guru lagi tahan gaji dan hak rawatan pakar dinafikan hampir dua tahun sedangkan dia penghidap asma kronik.
Sehubungan itu, katanya, beliau enghantar satu memorandum bantahan kepada Kementerian Pendidikan melalui Ahli Parlimen pembangkang pada 23 Mac lalu.
Ia berikutan kedua-dua Timbalan Menteri Pendidikan P. Kamalanathan dan Mary Yap didakwa enggan menerima memorandum tersebut semasa ditemui di Parlimen.
Menurutnya, memorandum bantahan itu turut dihantar kepada Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam).
ADS HERE !!!