Seorang ibu di Dongguan, China dikritik hebat apabila video menunjukkan dirinya memukul dan mengheret anak yang masih kecil tanpa belas kasihan tersebar di internet.
Anaknya hanya mampu menangis hingga terkencing malah terbaring di jalanraya yang kotor dan berdebu namun si ibu dilihat lebih sibuk dengan telefon bimbit.
Orang awam dan anggota polis yang terkejut melihat perlakuannya cuba menenangkan keadaan namun ibu ini bukan sahaja tidak menerima nasihat malah naik angin.
Berikut adalah rakaman lain menunjukkan apa yang diperkatakan wanita ini apabila dinasihati:
Selain menghambur maki hamun, dia turut berkeras itu adalah cara dia mendisiplinkan anaknya.
Anaknya yang ketakutan melihat orang ramai cuba mendapatkan perlindungan ibunya namun wanita berhati kering ini tergamak meninggalkan anaknya yang mungkin baru pandai berjalan itu semata-mata untuk bercakap di telefon bimbit.
Perlakuan kejam wanita ini dikecam masyarakat yang pada sama, turut menyalahkan anggota polis dalam rakaman ini kerana tidak menahan wanita tersebut.
ADS HERE !!!