Anda pasti perasan sehari dua ini servis internet Telekom Malaysia(TM) agak perlahan bukan? Melalui perkongsian dari sebuah blog, ini adalah berpunca dari masalah teknikal atau ‘outage’ yang dialami pihak TM.
Maklumat tentang ‘outage’ ini turut dikemaskini melalui laman Twitter rasmi TM, @TMConnects.
Untuk makluman, masalah ini juga akan berjangkit pada user smartphone yang lain. Malah aplikasi seperti WhatsApp juga tidak terkecuali menerima kesannya dalam menerima dan menghantar mesej.
Bagaimanapun, TM tidak mengumumkan berapa tempoh masa yang diambil untuk membaikpulih masalah yang melibatkan kabel sepanjang 20,000 KM.
Kepada pengguna UNIFI dan STREAMYX, mohon bersabar.-Sumber
ADS HERE !!!