Kecederaan yang dialami oleh murid sekolah rendah berkenaan.
KOTA KINABALU: Satu siasatan sedang dijalankan ke atas dakwaan insiden penderaan di sebuah sekolah rendah di sini selepas gambar murid dengan kepala cedera tersebar di media sosial, lapor portal berita The Star Online.
Gambar menunjukkan seorang budak lelaki dengan tompokan darah di kepalanya dengan dakwaan bahawa beliau telah ditampar, ditarik telinga dan kepala dihentak di meja telah tersebar menerusi applikasi WhatsApp dan Facebook.
Pengarah Jabatan Pelajaran Sabah Datuk Jame Alip berkata beliau baru menerima laporan mengenai kejadian yang dikatakan itu dan telah pergi sekolah tersebut untuk menyiasat kes berkenaan.
“Kami mahu tahu apa punca kejadian ini, saya tidak boleh beri sebarang ulasan lagi buat masa sekarang,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Dilaporkan bahawa seorang guru wanita yang disyaki ‘menghukum’ murid itu masih bertugas seperti biasa selepas kejadian berkenaan.-----> SUMBER
ADS HERE !!!