Mungkin ini adalah salah satu sebab mengapa negara China kerap menjuarai dan memenangi pingat di sukan Olimpik malah seringkali menjuarai kejohanan bertaraf dunia.
Bukan hanya disiplin yang diterapkan, malah kekerasan digunakan dalam melatih para pelapis ini untuk membiasakan diri mereka dengan latihan yang begitu ekstrim ini.
Berdasarkan laporan dari laman DailyMail.UK, kebanyakan pelajar di pusat latihan ini berusia lingkungan 5 tahun, mereka perlu menjalani latihan ini setiap hari untuk bergelar seorang ahli gimnastik yang handal. Jurulatih akan memijak kaki mereka tiap hari untuk membuatkan kaki lebih lurus dan lentur dan yang pasti keperitan yang dialami memang tak dapat digambarkan bagi kanak-kanak di usia ini.
Nanning Gymnasium adalah satu-satunya tempat yang melatih atletnya untuk menjadi seorang yang sangat-sangat berdisiplin.
Walalupun latihan yang diberikan begitu keras dan adakalanya dianggap kejam, ibu-bapa di negara tersebut sanggup menghantar anak mereka mengikuti latihan disini kerana mereka percaya dengan cara inilah anak mereka bakal bergelar seorang atlet professional kelak.
----> SUMBER
ADS HERE !!!