Bagaimana jika kereta kesayangan anda dilanggar oleh pemandu lain tanpa sengaja? Lebih teruk lagi kalau si pelakunya pula lari menghilangkan diri dan enggan bertanggungjawab? Pasti hati anda sakit tak terkata. Tetapi lain pula yang terjadi pada individu ini.
Dari hati yang nak marah akibat keretanya dicalar bertukar menjadi redha dan sejuk apabila si pelakunya meninggalkan nota kecil yang mengakui akan kesilapannya. Malah, dia juga menawarkan kos gantirugi untuk wanita itu.
Namun, wanita itu memaafkan si pelakunya kerana terharu dengan sikap jujur dan ingin bertanggungjawab. Sikap sebegini wajar dicontohi, bukannya memilih keganasan sebagai jalan bagi menyelesaikan masalah. Adakalanya kebaikan yang ditonjolkan akan dibalas dengan kebaikan yang tidak disangka-sangka.
ADS HERE !!!