Kota Bharu: Tiga lelaki dan seorang remaja perempuan yang didakwa menjadi mangsa rogol ditahan reman bagi membantu siasatan kes perkosa dua pelajar membabitkan 38 lelaki di Ketereh, Selasa lalu.
Semua suspek berusia 17 hingga 32 tahun ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.
Remaja perempuan berusia 17 direman selama enam hari manakala tiga lagi seminggu bermula hari ini.
Perintah dikeluarkan Pendaftar Mahkamah Majistret Kota Bharu Roszita Md Saad.
Di bawah adalah lokasi kejadian berlaku:
Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner Azham Othman berkata sehingga jam 10 pagi tadi, polis sudah menahan dan mengambil keterangan daripada 12 individu bagi membantu siasatan.
“Semua suspek ditahan di Kampung Hutan Pasir dan Kampung Padang Lembek.
“Polis masih lagi mengesan semua suspek lain bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan,” katanya. -HarianMetro
ADS HERE !!!