Aktiviti pelik dan boleh dianggap gila ini telah dilakukakn oleh tiga orang wanita Ingvild, Lydia dan Ilovia. Aktiviti ini dikenali sebagai The Topless Tour dimana mereka bergambar dengan tidak memakai baju dan bra, tetapi gambar tersebut hanya diambil dari arah belakang sahaja.
Difahamkan aktiviti The Topless Tour ini dilakukan di tempat-tempat menjadi tumpuan pelancong. Gambar mereka dari seluruh tempat di dunia telah dimuatnaik di akaun instagram dan kini telah mencecah hampir 9000 pengikut di laman sosial tersebut.
Tujuan aktiviti ini dilakukan adalah sekadar hobi yang pelik dan ingin mendapat perhatian dari seluruh pengguna laman sosial.
Setiap gambar akan dimuat naik dan diletakkan hashtag #TheToplessTour.
Bukan sahaja wanita, malah lelaki juga turut melakukan aktiviti ini, mengikut laporan dari sebuah portal FoxNews memberitahu tujuan mereka melakukan aktiviti ini adalah untuk menunjukkan ekspresi diri bahawa mereka menghargai bentuk tubuh badan dimiliki disamping mencuba sesuatu yang baru. Selain itu aktiviti tersebut tidak mendapat kritikan atau cemuhan dari mana-mana pihak setakat ini.
Aktiviti ini telah bermula sejak tahun 2012 dan telah menjadi trend sehingga kini.
Semakin pelik manusia zaman sekarang.
ADS HERE !!!