Melaka: Sebuah syarikat wakil pengedar kenderaan kerugian lebih RM600,000 selepas 19 kereta baru dan terpakai yang diletakkan di pusat penyimpanan miliknya musnah dalam kebakaran di Bukit Palah, di sini, semalam.
Kebakaran kira-kira jam 6.45 petang itu memusnahkan 12 Perodua Viva, sebuah Perodua Myvi dan enam kereta terpakai pelbagai jenis yang diletakkan di barisan belakang pusat penyimpanan berkenaan.
Ketua Operasi Timbalan Penguasa Bomba dan Penyelamat negeri Kamarulzaman Mohd Din berkata, pihaknya menerima panggilan kejadian jam 6.54 petang dan tiba di lokasi jam 7.05 malam.
"Ketika tiba api sedang marak, ia dapat dikawal jam 7.15 malam dan padam sepenuhnya 10 minit kemudian.
ANTARA kereta yang terbakar.
"Kita juga berjaya menyelamatkan baki 185 kereta baru yang ditempatkan di sini. Punca dan jumlah kerugian masih dalam siasatan," katanya. - http://www.hmetro.com.my/
ADS HERE !!!