Orang ramai mungkin akan diberi masuk percuma untuk melihat pasangan panda gergasi di Zoo Negara bagi tempoh sebulan selepas diberi nama baharu oleh Najib pada 25 Jun ini.
Menteri Sumber Asli & Alam Sekitar, Datuk Seri G. Palanivel berkata, dia mungkin akan mengemukakan cadangan tersebut pada presiden Zoo Negara bagi meraikan kehadiran panda gergasi yang dipinjamkan kepada Malaysia sebagai simbol hubungan diplomatik antara Malaysia dan China selama 40 tahun pada 31 Mei yang lalu.
Seramai 1,200 orang yang dijangka akan datang melihat panda dalam satu hari. Manakala hanya 200 orang sahaja yang ditetap bagi tempoh lawatan 20 minit.
Bercakap mengenai harga tiket pula, caj harga tiket mungkin dikenakan RM20 bagi orang dewasa dan RM10 bagi kanak-kanak selepas tamatnya tempoh sebulan percuma itu tadi. - My Media Hub / sumber asal dari BERNAMA
ADS HERE !!!